Pages

Wednesday 29 September 2010

Jom jadi mat rempit... hadiah lumayan!


Pertandingan rempit anjuran kelab anti rempit Semalaysia

tarikh: akan ditetapkan kemudian
tempat: akan difikirkan kemudian
yuran penyertaan:dibayar dengan nilai nyawa

syarat-syarat penyertaan:

-sila pastikan amal cukup untuk dibawa bersama
-sediakan kain putih secukupnya untuk persediaan
-berpengalaman dalam menguruskan jenazah-jenazah mat rempit
-pastikan berat kurang dari 20kg untuk memudahkan urusan mengangkat anda sekiranya terpilih menjadi juara

Hadiah-hadiah menarik menanti anda:

Hadiah Utama :
Tanah 7 kaki panjang, 3 kaki lebar beserta percutian ke alam baru (pergi x kembali).. berserta dua trofi yang tertulis nama sendiri..

Saguhati:
saguhati berbentuk 2 trofi yang diukir dengan nama pemenang dan tidak lupa sijil pemergian bersama..

Talkin disediakan secara percuma untuk semua pemenang!

No comments:

Related Posts with Thumbnails