Pages

Thursday 23 September 2010

Ashraf, Bunga dapat anak lelaki


Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Cinta Lestari, 27, yang merupakan isteri kepada pelakon dan pengacara Malaysia, Ashraf Sinclair selamat melahirkan bayi lelaki di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta Selatan semalam.

Ashraf, 31 yang dihubungi, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya setelah bergelar seorang bapa.

"Saya sentiasa bersama Bunga sejak dia dimasukan ke hospital sehinggalah ke dewan pembedahan dan akhirnya melahirkan anak pukul 2 petang", ujarnya.

Menurut Ashraf, isteri dan anak sulungnya yang dilahirkan dengan berat 3.45kg itu berada dalam keadaan sihat.

"Bunga melahirkan anak menerusi pembedahan atas nasihat doktor dan keadaannya sihat walaupun masih lemah", katanya.

Pasangan yang pernah berganding dalam filem Saus Kacang itu melangsungkan pernikahan pada 8 November 2009 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.

No comments:

Related Posts with Thumbnails