Pages

Tuesday, 14 September 2010

Kisah benar.. jangan sesekali baca kalau tinggal sorang2



ni bukan kisah tipu
or sengaja mengada-ngada mengada-adakan cerita ( paham x? sila ulang ayat tu skali lagi) sampai rs2 mcm betol2 paham

ini adalah kisah benar sbenar-benarnyer yg aku betul2 alami masa aku form 6 kat sebuah lokasi sekolah berasrama harian di sebuah negeri di pantai timur yg bermula dengan huruf 'P'..agak2 da tau jwpn? haaa..lebih kurang kat ctu la tempat die.. lokasi dirahsiakan untuk kebaikan bersama.. nnt ade pulak yg takut nak duk kat asrama tu..

kisah bermula bila.. tiba pada pada hari dimana ada satu jamuan yang melibatkan semua pelajar2 dlm asrama tu.. tp aku da tak ingat da jamuan ape tu.. aku rasa mcm jamuan akhir tahun jek kot.. tp yang pasti mlm tu ade mkn sate...

kalau x silap aku hari tu hari jumaat.. coz slalunyer jamuan akan diadakan pada mlm sabtu... tema pada mlm tu adalah warna kuning.. kat dlm asrama tu aku tinggal bersama 3 penghuni yg lain dalam satu bilik..

disebabkan tu merupakan asrama baru..maka ktorg dah x guna sistem dorm sbaliknyer bilik..dlm bilik tu blh muat lapan org.. sbb bilik tu mmg besar dan sgt selesa.. tp untuk bilik yg aku duduk, penghuni die x penuh..ade 4 org jek termasuk aku..

alkisahnye nak dijadikan cerita, pada petang jumaat tu ktorg masing2 buat hal sendiri dlm bilik kami tu sambil menunggu jamuan yg akan diadakan pada mlm nanti.. melainkan ade sorang member aku yg bernama 'M' ni tengah tdo.. waktu tu dah nak masuk senja lebih kurang pukul 6.30pm...

untuk pengetahuan korang semua bilik yang ktorg tinggal tu x pernah lagi ade penghuni lain sbb ni adlh asrama baru. lagi satu bilik ktorg tu terletak dibahagian tingkat yg paling atas skali dan dihujung tangga..tingkat ke 4.. bilik tu kalau bukak tingkap memang akan mengadap hutan kat blakang asrama tu.. aku ingat lagi nama bilik tu SH3.. kalau x silap aku aras tu dinamakan aras siti hajar.

sambung balik citer tadi..smapai mana da ek?..
haaaa.. yg member aku tdo td tu kan.. lebih kurang pukul 6.30pm member aku td bangun..aku x igt la aku kejut die or die yg kejut aku? ehh.. aku x tdo la.. mesti la aku yg kejut die! lepas ni ktorg kena bersiap2 tuk jamuan malam nanti dan kena berkumpul kat dewan makan selepas waktu maghrib.

masa member aku bangun tdo tu, die panggil ktorg yg ade kat dlm bilik tu..
pastu die tanya..

"cuba korang tengok kat dinding ni, pe die ek?" sambil tgn die tunjuk sumthing kat dinding sebelah die tu.. kalau korang x dpt bayangkan, katil die terletak kat bahagian tepi sekali kat sebelah tingkap yg mengadap hutan tu.. dan merupakan katil single.

lepas tu ktorg pun tengok la ape yg die tunjuk tu..

"aah ek pe die tu ek?... tapi nampak macam kesan karat jek kan...?"
lepas tu member aku yg lain pun mengiakan je la..sebab ktorg da mls nak fikir panjang2.. ktorg kena bersiap cepat2 sbb kejap lagi nak turun dewan plak..

Tengah tgk Estates of panic jap (channel 701 : pukul 1.05am-2.05am).. nanti sambung balik citer nie.. to be continued:

*************************************************************************************
cerita bersambung:

sampai kat dewan, ktorg beratur la ikut bilik masing2..nak masuk dewan pun kena ikut adat dan istiadat die..cewahhhhh... tiba2 member aku yang sorang ni die kata nak balik bilik nak ambik barang.. die kata kamera die tertinggal dlm bilik.. disbbkan waktu tu da agak lewat dan majlis pun dah nak mula, maka 'M' and member aku yg sorg lagi tu pun cepat2 pegi naik bilik tuk ambik barang die tadi.. masa tu semua penghuni asrama dah berkumpul kat dewan makan, maka asrama dah pun kosong melainkan tinggal sorg dua jek lagi ajk yg tunggu kat pintu pagar..

kalau korang nak tau jarak dewan makan ngan asrama ktorg agak jauh.. bukan diletakkan dalam satu kawasan.. so, kalau semua da pegi dewan makan, maka..asrama tu akan terasa sunyi sepinyer...

lepas M kembali dari bilik die dan dtg balik ke dewan makan, aku nampak die duk bisik2 dengan budak2 yg lain..so, aku pun join je la skali.. tau ape yg jadi? M kata bilik ktorg ade cop makhluk berjari tiga. penuh cop kat dinding2 bilik yg bercat putih tu.. bukan stakat kat dinding, atas cadar yg berwarna biru muda dan lantai simen pun ade gak..

uhhhh, masa tu muka diorg da cuak daa... die kt cepat2 turun lepas ambik barang tu..
aku pun da rasa lain macam masa tu..tp oleh sebab jamuan da nak bermula..so, ktorg xnak kecoh2.. padahal sbenarnyer hati ni da x sabar nak masuk bilik nak tengok sendiri ape yg diorg kata...

jamuan berjalan dengan lancarnyer dan berakhir dengan kekenyangan yg x dpt digambarkan..makanan malam tu pun mewah sampai ayam yg x abis pun ktorg bungkus bwk masuk bilik... burlppp.. (bunyi sendawa mcm tu ker?).. jamuan berakhir lebih kurang pukul 1 pagi..

dalam perjalanan balik ke bilik.. aku ngan ahli2 bilik aku da x sabar nak masuk bilik.. cepat2 lajukan langkah.. setibanya kat bilik....

jeng3...bukak jek pintu dari jauh da boleh nampak kesan2 yang dimaksudkan oleh kawan aku tu.. bila tengok dekat2.. baru la ktorg tau yang cop2 kat dinding serta kat cadar tu adalah kesan daripada darah kering... tapi darah ape ek? erkkkk.. member aku komplen.. 2 paket biskut die yg die letak dalam loker yg x berkunci pun hilang gak..
bila ktorg kaji n selidik balik 'benda2' tu barulah ktorg dapat gambaran yg sbenarnya.. ghuper2nyer cop makhluk tersebut turut berada kat dinding pintu loker besi yang berwarna kelabu muda tu... iaitu loker yg digunakan oleh kawan aku utk simpan biskut2 die tadi..

mungkinkah makhluk tersebut kelaparan?? tapi knape nak ambik biskut tu? tong sampah kat bilik air tu pon da bergolek kat atas lantai dengan sampah2 disepahkan atas lantai seolah-olah makhluk tu tengah mencari 'sesuatu'.. agak2 ape ek? bila ktrog tgk balik cop2 jari tersebut.. terdapat kesan cakaran makhluk berjari 3 sepanjang lebih kurang 20cm dan kesan yang sama turut terdapat pada dinding yang bertentangan. kat syiling pon ada gak tp x berapa jelas...

ingat x awal2 cerita td aku bgtau kesan yang ktorag sangka 'karat' pada dinding tu? entah2 makhluk tu dah wujud dalam bilik aku since waktu petang tu lagi.. cuma masa tu kesan tu x berapa jelas dan x banyak lagi.. yg ktorg perasan masa tu juz dekat dinding sbelah katil M tu jek..

bila balik dari jamuan tu baru la perasan kesan tu semakin jelas dan cop2 tu bersepah-sepah kat dinding, atas cadar dan juga lantai simen.. bila ktorg cuba untuk jejak cop2 makhluk berjari 3 tu..sampai ke luar pintu, akhirnyer jejak die hilang bila sampai kat tangga sblh bilik ktorang tu..
tp xtau la yg ktorg nampak tu adalah tgn makhluk misteri tu ataupun tu adlh kaki die..

mula2 ktorg cuba untuk buat spekulasi yg makhluk tu sbenarnye adlh monyet atau kera belakang kawasan asrama tu, tp bila fikir balik mmg x logik.. tingkap bilik tu x dibukak . kalo bukak pun, gril tingkap tu yg berpetak kecik memang x lps nak masuk.. lagipun ktorg duk aras paling atas skali..tingkat 4..rajin ke makhluk tu nak memanjat? lepas tu ktorg cek balik lubang angin kat toilet.. memang mustahil tuk lepas masuk dari ctu..lagipun monyet ade bape kaki??? akhirnya ktorang pun hilang punca.. xtau nak kategorikan makhluk tu sebagai ape..

dan kisah misteri tu x terjawab sampai la sekarang ni.. dan utk jalan penyelesaiannya.. malam tu ktorg buat bacaan yasin bersama beberapa org ajk asrama, ahli bilik dan juga seorang warden.. satu air baldi yang berisi penuh diletakkan ditengah-tengah bilik tu sambil bacaan yasin dibuat.. air yasin tu kemudian kami buat untuk basuh kesan2 bertanda darah kering kat dalam bilik ktorg tu.. puaslah ktorg memnjat katil double decker tuk bersihkan kesan kat bahagian dinding yg tinggi dan kat syiling.. setiap penjuru bilik tu jugak dilaungkan dengan azan.. dan malam tu kami tdo lewat disebabkan oleh kes tersebut..masing2 x berani nak tdo sorg2 kat atas katil..

yang aku peliknyer.. kes tu berlaku kat bilik ktorg..tapi budak bilik depan tu pulak yg pengsan..mungkin lemah semangat kot..ish3.. kalau da tau x berani jangan la tengok.. tapi kes tu x dikecohkan.. takut nnt ade yang histeria.. makanan yg ktorg bungkus malam tu pun terpaksa dihabiskan gak dan dibuang ke dlm tong sampah kat luar tu.. x berani da nak buang tulang2 kat dlm bilik.. nnt lain pulak jadinyer.. kang ade pulak makhluk lain yg mengadap tulang2 tu.. errrkkkk..

tu la first time benda tu terjadi depan mata aku sendiri dan boleh nampak dgn mata kasar.. yg lain tu ade gak la.. kena kacau tu perkara biasa tp benda2 tu x nmpak.. tapi kejadian hari tu, makhluk tu betul2 menonjolkan diri die.. sejak hari tu kami ahli2 bilik tu x berani nak bising2 lagi or dlm bahasa asramanyer.. dah x 'galak' lagi da.. sebab slalunyer bilik tu mmg akan bising tiap2 malam dek kerana keriuhan kami... sebelum ni warden da pesan banyak kali.. jgn galak sgt...mana la tau masa tu nape die x bagi ktorg bising2.. tp budak2 lagi masa tu biasa la.. dan akhirnya jadi gak benda pelik kat bilik tu...bile jadi benda mcm tu baru ktorg faham yg ktorg dah mengganggu ketenteraman penghuni halus kat asrama tu..

~tammat~

2 comments:

Anonymous said...

aku pon sek kat pahang, mase form 5 pindah ke bgunan baru yg guna sistem bilik, bukan dorm.. stiap bilik 8 org... tp mase tu blik aku ade 4 org je... aras pling tgi, tgkat 4.. hmm musykillah cite ko nih.. name aku mule ngn urop M... hihihihi klaka lak bace... tp satu je yg lain.. blik aku pling ujong kat tangga tp aras satu... bilik siti sarah..

Euphoria said...

hahahaha...we are in the same hostel.. kalo ko tggl hostel tu msti ko tau kisah yg aku cite tu kan.. ko tau ke kisah tu? huhu..

Related Posts with Thumbnails