Pages

Showing posts with label Ape agama kamu? Alert... Show all posts
Showing posts with label Ape agama kamu? Alert... Show all posts

Thursday, 30 December 2010

Sucinya Hati Mereka!


"ayah saya yg bina taman permainan ni" hebat x ayah saya? kata si A
"ayah saya x pandai bina taman, tapi bangunan KLCC tu die yg buat..sminggu je dah siap! kata si B..hebat kan??!!
"tapi ayah saya lagi hebat! die pandai buat manusia... baru2 ni die baru hasilkan 10org kembar! smua tu adik saya.. bila saya tanya dari mana smua ni dtg, ayah kata dari kilang manusia! jadi ayah saya ade kilang manusia yg plg hebat skali! ayah kamu ade ke??? Si C bercerita dgn megahnya!

hahaha..hihihi..huhuhu..hohoho...hehehe..kakaka
gelakan dan pekikan budak2 kat taman permainan tu
dah jadi perkara biasa tiap2 kali aku balik keje
kadang2 kalau hujan pun diorg redah gak
taman mainan tu..

teringat zaman aku masa kecik2 dulu2 kala
xdeknya nak main kat taman2 mainan gitu..
smuanya mainan ciptaan sendiri
kdg2 galah panjang, x pun batu seremban..
kalau nak giler2 ckit main baling tin.. baling selipar..
bunyi loceng dalam botol.. main guli..
panjat pokok..bgayut kat pokok..main kejar2.. polis santri

hehhe.. tu zaman dulu2..zaman skrg susah nak cari bebudak yg pandai main benda2 tu smua.. skrg smuanyer manja2.. xdek yg brutal2..

tapi kan...
aritu balik dari keje
lalu kat taman permainan tu..
skumplan bdk2 tgh main buaian kat ctu
seronok jek tgk diorg gelak2..

"assalamualaikum doktor...." 2-3 org dari bdk kat ctu memberi salam
tapi bukan kat aku.. sbb aku dah jauh dari diorg..
"lagi sekali aku dengar.. "assalamualaikum doktor"..
aku pelik knape xdek org bagi respon??.. sombongnyer org tu!!
nak jawab salam pun susah.. jwb je la..bukan susah!
skali lagi budak2 kat ctu berbunyi.. beri salam..kali ni lebih kuat..
"assalamualaikum doktor!!".. aku yg dari tadi x puas hati terus menoleh ke belakang
tgk2 klau ade sape selain aku kat ctu!
ternyata ade 2 org doktor kat ctu.. memang cantik! tapi sayang...
mereka org cina!! patutlah x jwb salam..
doktor2 tu hya pandang bdk2 tu dengan senyuman..
mungkin terkejut dengan sapaan secara islam yg diberikan oleh bdk2 kat ctu..

alahai budak2 sekalian..
tahukah mereka org cina x pandai jwb salam...
kesiannya mereka.. luhurnya hati mereka..
sucinya hati mereka!
semoga terbuka pintu hati doktor2 tersebut utk memeluk islam...aminnn..
dan lepas ni diorg dah blh jwb salam ye adik2!

Thursday, 23 September 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut


Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi~kosmo~

Saturday, 18 September 2010

Pergi masjid lompat tingkap..


entri yang aku nak tulis nie...
xtau la nak ckp katogeri ape..
tapi ni ade satu kisah nak cite..
hehe.. biler tkenang balik kisah nie
rasa nak gelak guling2 kat lantai pun ade gak
kui3..

kisah ni melibatkan sorang budak yg benama panicking..
hehe.. Mr.P..

dulu ms kecik2 dulu..
budak yg bernama P ni ade satu hobi
hobi die agak pelik
aku xtau la budak2 zaman sekarang ade lagi ke x yang spesis mcm ni
kalau ade pun aku rasa x ramai..
aku tabik spring kat budak2 yg mcm nie.. ngeeee

Mr.Panic nie, masa kecik dulu
die suka sangat kalau pi masjid
pantang kalau ayah die pi masjid die mesti nak ikut
walaupun sekadar duduk jek dlm masjid tu..

yang aku nak cite nie..
kisah die masa umur lebih kurang 4-5 tahun
pernah satu pagi tu around kol 5.00-5.30 mcm tu la
waktu2 orang slalu pi masjid sblm subuh..

Mr.Panic ni terdengar bunyi motor ayah die
terus die terbangun..
die x pandang kiri kanan dah,
pastu terus die bukak tingkap..and terjun dari tingkap tu
kikiki.. masa tu rumah kayu lagi.. biasa la tingkap rumah yang ade dua sayap tu.. tolak jek terus terbukak..

lepas die terjun tingkap tu, terus die jerit kat tingkap tu..
"nak ikut......!!!!!" hahahha...
aku x sure la kot2 ade jiran yg terdengar.. heeeee
terus ayah die berenti motor kat tengah halaman rumah tu
nasib baik blom lepas pintu pagar lagi..
kalau x aku xtau la macam mana die kejar moto tu...hoho
lawak3.. punyer la bersemangat nak ikut smpai terjun tingkap
nasib baik tingkap tu x tinggi..aisehhhh

adik2 jgn buat mcm tu yer..
kalau nak keluar, sila ikut pintu! hak3
masa tu kecoh satu rumah..
semua terkejut pasal kes terjun tingkap tu
terus x jadi nak tido kot lepas tu..hahaha

tapi memori aku x bape nak ingat baju ape yg die pakai masa tu
kot2 tido x berbaju.. terjun tingkap then terus lari kat motor..
hahahaha...

p/s: moral of the story : jangan suka berjanji dengan budak2..walaupun benda tu nampak remeh..tapi besar kesannyer pada budak2.. budak2 ni ingatan die kuat..so, die akan tuntut janji tu

:lagi satu sila hidupkan enjin motosikal anda jauh daripada rumah..supaya budak2 x terkejut dengar bunyi enjin! lagipun takut kes terjun tingkap berulang kembali..kehkehkeh.. sejak kejadian tu, ayah die terpaksa tolak motosikal jauh dari rumah, lepas daripada pintu pagar baru boleh hidup enjin..hehe..

: one more thing... sejuk perut mak bapak mengandung (bapak??).. kalau sampai ke besar anak die rajin pi masjid..hehehe.. =P..
(tribute to Mr.Panic )

Wednesday, 8 September 2010

Kerang atas darah babi



Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging ~ mymetro

Friday, 27 August 2010

Soalan kepada Paderi Kristian : What is the key of heaven?

17 Ramadhan : Lailahailallah...

pernah dgr satu ketika dulu
bahawa kristian mengakui kebenaran islam
yahudi juga mengakui kebenaran dan ketepatan agama islam
tetapi mengapa mereka masih mengingkari dan benci kepada islam?

kristian menolak kebenaran islam hanyalah untuk kepentingan diri
yahudi menolak kebenaran islam kerana tidak dpt menerima hakikat bahawa rasul agung kita, Nabi Muhammad s.a.w dipilih bukan daripada kaum mereka iaitu yahudi, sebaliknyer dipilih daripada orang arab..iaitu kaum yang dianggap hina oleh bangsa yahudi
hanya kerana keegoan dan keangkuhan mereka..maka mereka sanggup memerangi islam.
tp tidakkah mereka sedar kesudahannya diakhirat kelak? seolah-olah menempah neraka untuk bangsa mereka..wallahualam..

dengarkan ceramah dibawah yang begitu menarik untuk difikirkan tentang kebenaran islam, dimana seorang paderi kristian mengakui kebenaran islam dihadapan penganut kristian lain disebuah geraja..



Wednesday, 28 July 2010

Only because He is a Muslim... unfair

it shouldn't be happened..

Only because he is a muslim
** you should read this (^_^)



i have adopted this link from someone that has been posting it on facebook a few days ago. thanx to her..(she's a girl i guess)... =)
Related Posts with Thumbnails