Pages

Thursday, 30 December 2010

Sucinya Hati Mereka!


"ayah saya yg bina taman permainan ni" hebat x ayah saya? kata si A
"ayah saya x pandai bina taman, tapi bangunan KLCC tu die yg buat..sminggu je dah siap! kata si B..hebat kan??!!
"tapi ayah saya lagi hebat! die pandai buat manusia... baru2 ni die baru hasilkan 10org kembar! smua tu adik saya.. bila saya tanya dari mana smua ni dtg, ayah kata dari kilang manusia! jadi ayah saya ade kilang manusia yg plg hebat skali! ayah kamu ade ke??? Si C bercerita dgn megahnya!

hahaha..hihihi..huhuhu..hohoho...hehehe..kakaka
gelakan dan pekikan budak2 kat taman permainan tu
dah jadi perkara biasa tiap2 kali aku balik keje
kadang2 kalau hujan pun diorg redah gak
taman mainan tu..

teringat zaman aku masa kecik2 dulu2 kala
xdeknya nak main kat taman2 mainan gitu..
smuanya mainan ciptaan sendiri
kdg2 galah panjang, x pun batu seremban..
kalau nak giler2 ckit main baling tin.. baling selipar..
bunyi loceng dalam botol.. main guli..
panjat pokok..bgayut kat pokok..main kejar2.. polis santri

hehhe.. tu zaman dulu2..zaman skrg susah nak cari bebudak yg pandai main benda2 tu smua.. skrg smuanyer manja2.. xdek yg brutal2..

tapi kan...
aritu balik dari keje
lalu kat taman permainan tu..
skumplan bdk2 tgh main buaian kat ctu
seronok jek tgk diorg gelak2..

"assalamualaikum doktor...." 2-3 org dari bdk kat ctu memberi salam
tapi bukan kat aku.. sbb aku dah jauh dari diorg..
"lagi sekali aku dengar.. "assalamualaikum doktor"..
aku pelik knape xdek org bagi respon??.. sombongnyer org tu!!
nak jawab salam pun susah.. jwb je la..bukan susah!
skali lagi budak2 kat ctu berbunyi.. beri salam..kali ni lebih kuat..
"assalamualaikum doktor!!".. aku yg dari tadi x puas hati terus menoleh ke belakang
tgk2 klau ade sape selain aku kat ctu!
ternyata ade 2 org doktor kat ctu.. memang cantik! tapi sayang...
mereka org cina!! patutlah x jwb salam..
doktor2 tu hya pandang bdk2 tu dengan senyuman..
mungkin terkejut dengan sapaan secara islam yg diberikan oleh bdk2 kat ctu..

alahai budak2 sekalian..
tahukah mereka org cina x pandai jwb salam...
kesiannya mereka.. luhurnya hati mereka..
sucinya hati mereka!
semoga terbuka pintu hati doktor2 tersebut utk memeluk islam...aminnn..
dan lepas ni diorg dah blh jwb salam ye adik2!

Alkisah Bila Malaysia Menang Bola...


Kisahnyer begini..
Selama ni aku kerja 5 hari seminggu!
Fuhhhh.. nak cukupkan seminggu tu rasa mcm lama jek
tiap2 hari tunggu munculnyer hujung minggu

akhirnya setelah Malaysia menang piala suzuki smlm (29/12/2010)
setelah penat bekerja 5 hari seminggu sebelum ni,
akhirnya minggu ni aku boleh kerja hanya utk 4 hari!!
yeahhhhh...yahoooooooooo!! hehehe..

x pernah terpikir pun tetiba kerajaan nak bagi cuti umum
slalu klau hujung thun tunggu bonus masuk jek
ni tak..siap bagi pakej skali ngan cuti
tuk sambut new year..
hahahah..

thanx sbb bagi cuti..
disebabkan sakit2 kat badan ni masih x ilang2 lagi
gara2 pakai baju "besi" kat operation theater (OT)..
dari kul 8.00am-5.30pm
tulang temulang nie rasa mcm nak patah jerrr..
nasib baik sok dapat cuti... (ternyata cuti memang sgt memerlukan aku)
aku sgt hargai!

boleh la lurus2kan ckit tulang belakang nie
isnin nie.. tulang belakang nie nak guna lagi
kat OT..(T_T)..

kesempatan ni nak ucap new year kat smua
yang pernah singgah or baca blog nie
sama ada secara sengaja atau x sengaja
happy new year! ;-)

Friday, 5 November 2010

Aku...Wafer dan Nasi lemak...

masuk cafe.. nampak longgokan nasi lemak...
mahal plak tu da la kecik..
sbungkus RM1.50... nsib bek sedap

tp gara2 x mkn tengahari td..
"cik, bg 2 bungkus ns lemak"
"errrrr.. 2 bgkus?"
"ye 2 bungkus"...titik noktah...
pelik ke aku bli 2 bungkus? lantak lar perut aku.. lapar nie...

jalan depan ckit... berenti lagi..
nak bli ke x....
teringin nak mkn..
"bg wafer satu, nak coklat n peanut yer"
"er... byr cni ke kat depan?"
'ohhh..byr kat depan....'
"ok"

tggu punyer tunggu...
lmbt lar plak nak siap... ceittt...
"kak blh sy byr dulu, nnt jap gi sy ambik"
akak tu pun angguk jer...

pas byr pi patah balik ambik wafer...
aiyooo.. nasib bek tgh buat..
"potong kecik2 blh?"
....boleh.....
"potong 4 yer"

smpai umah singgah kedai runcit bli air kotak coklat marigold..
bila minum jek teringat kat susu percuma yg dpt ms zmn skul dulu tu..
kenangan sungguh.. bla lg aku blh dpt susu percuma tu ek????? mungkin tidakk..

smpai bilik.. mkn wafer 2 keping jek dah x larat nak mkn..
muak kot mkn tu.. tp sbb beli guna duit..
aku abiskan gak wpun da sejuk...
sungguh2 x larat nak telan lg..
aku paksa gak masuk..yeaaaaaarhhhhhhh...erkkkk.. kenyang...
bilas mulut ngan air kotak tu...

tb2 tnmpak 2 bgkus ns lemak yg x terusik lg...
wuyoooooo.. bla ms aku nak mkn nie.. td tamak sgt...
simpn dulu la, lps mandi baru mkn..

lepas mandi...
smbil suap ns lemak smbil ngadap laptop...
sbungkus larat lg.... nak mkn bungkusan yg kedua
sungguh2 aku give up..
timbul idea..simpan tuk esok..

idea dr kpala lutut mmg mcm tu..
xleh pkai langsung...
sah2 la ns lemak tu akn basi...
mbazir lg!
ohhhh.. tidakkkk.. mn blh buang mknn..

tunggu sejam pastu...
mt da xleh nak bukak..
ms tu btol2 rs mcm nak 'smpn' jek ns lemak tu tuk sok
lntk la... basi pun basi la...

uishhhh..xleh3..kn mkn gak ni..
mt dipaksa tuk bukak beso2..
supaya suapan ns lemak x msuk dlm lubang idung...

suapan terakhir!! chaiyok... mulut da penuh
demi ns lemak 1.50.. licin gak...
uhhhh...pasni xnak tamak lg.. sob3

ngantuk daaaaaaa... tdo...

Sunday, 31 October 2010

Tidur yg overload..

disebabkan kes kebosanan hari ni...
waktu tdo aku dah melebihi waktu tidur yg diperlukan oleh aku
kesimpulnnyer...

aku da susah nak tdo....!!!!!
tdo la wehhhhh..
sok na keje, xdek sape nak kejut...
kalo tlajak mau blacklist punchcard aku...

tdo3.... tdo3...... plizzzzz.....

Bosan...

6.00am : bangun.. toilet..
7.00am : smbg tdo..
9.45am : bangun.. bukak tv..ngadap laptop
11.00am: kemas katil n makan
12.00pm: tgk tv n ngadap laptop
3.00pm : tdo
5.00pm : bangun...ngadap laptop
7.00pm : mandi n makan roti
8.00pm : tgk tv n ngadap laptop n iron baju tuk sminggu...
10.00pm: still tgk tv n ngadap laptop

tdo? smpai mt ngantuk....
wuarghhhhhhhhhhh.... mau mati kebosanan aku kalo cenggini...tolongggggg.....
help me........ i want my life back!

Sunday, 10 October 2010

Ade ke orang macam ni?

serba sedikit tentang penulis blog..


1. aku memang seorang penggemar susu..bagi je la aku susu ape pun.. susu segar ke..susu HL ke..susu lembu ke..susu kambing ke...tembikai susu ke..jambu susu ke..semua aku bedal..hahahah.. bagi aku susu tu sangat menyelerakan..hehe


2. aku suka sangat makan sup sawi.. walaupun ni bukan la makanan favourite utama aku.. tapi kalau bagi aku satu periuk sup sawi pun confirm aku boleh abiskan (time kebulur je la).. wah3..dasyat x dasyatnyer aku..

3. aku merupakan seorang 'penggila' badminton.. aku sgt obses dengan sukan badminton..nak pulak kalau malaysia yang perform..hohoho.. sanggup x makan and x tdo untuk tgk badminton..kikiki..kalau tgk tu memang tak berkelip la mata..

4. aku sangat benci dengan nyamuk! nak pulak kalau hisap darah aku senyap2.. kalau dpt, mmg aku rendam nyamuk tu 7 hari 7 malam dlm air panas..uhhhh..

5. aku seorang yang x boleh hidup tanpa internet! rasa x lengkap hidup kalau x surf internet dlm sehari.. walaupun benda yang aku bukak hari2 adalah benda yang sama..

6. aku seorang yang banyak berfikir daripada bercakap!

7. aku still ingat lagi kata-kata anak buah aku yang pertama..masa tu die baru masuk darjah satu.. time aku ajak die tengok tv, boleh pulak die kata "buat ape tgk tv, baca buku lagi best"...terkesima aku jap masa tu..hehe

8. aku paling x suka orang kacau aku bila aku tengah buat kerja.. tapi bila ade orang ganggu gak..aku akan cuba sedaya upaya untuk menganggap yang orang tu sebenarnya x kacau aku..hehe

9. aku sangat2 berharap yang orang kat sekeliling aku memahami aku, walaupun aku sendiri x paham diorang..hahhahaha

10. aku seboleh-bolehnya akan cuba untuk mengotakan ape yang aku kata ataupun ape yang aku dah janji.. sekiranya diizinkan Allah..

11. kalau boleh aku xnak mengecewakan permintaan orang lain, seboleh-bolehnya aku akan cuba untuk tolong selagi aku rasa pertolongan tu x menyusahkan aku.. kecuali kalau aku x mampu.. (walaupun ade gak orang yang x hargai pertolongan aku tu)..aku bahagia bila tengok orang bahagia..=)

Wednesday, 29 September 2010

5 Fakta menarik yang perlu anda ketahui..

5 fakta menarik di dunia


1. Manusia tidak boleh menyentuh semua giginya dengan lidah


2. Setelah membaca fakta 1, anda pasti mencubanya!


3. Fakta 1 ternyata salah...hahaha


4. Sekarang anda tersenyum kerana merasa ditipu


5. Fakta seterusnya, anda pasti mahu menyebarkan fakta ini pada orang lain...hehe

Jom jadi mat rempit... hadiah lumayan!


Pertandingan rempit anjuran kelab anti rempit Semalaysia

tarikh: akan ditetapkan kemudian
tempat: akan difikirkan kemudian
yuran penyertaan:dibayar dengan nilai nyawa

syarat-syarat penyertaan:

-sila pastikan amal cukup untuk dibawa bersama
-sediakan kain putih secukupnya untuk persediaan
-berpengalaman dalam menguruskan jenazah-jenazah mat rempit
-pastikan berat kurang dari 20kg untuk memudahkan urusan mengangkat anda sekiranya terpilih menjadi juara

Hadiah-hadiah menarik menanti anda:

Hadiah Utama :
Tanah 7 kaki panjang, 3 kaki lebar beserta percutian ke alam baru (pergi x kembali).. berserta dua trofi yang tertulis nama sendiri..

Saguhati:
saguhati berbentuk 2 trofi yang diukir dengan nama pemenang dan tidak lupa sijil pemergian bersama..

Talkin disediakan secara percuma untuk semua pemenang!

Salah siape?


Dalam sebuah kelas 2 Anggerik
Amir mendengar dengan penuh khusyuk apabila cikgunya memberi nasihat

Cikgu kata tak baik, berpegangan tangan sesama bukan muhrim..
cikgu pesan kalau nampak ade orang buat macam tu.. kata 'JANGAN'

Cikgu kata x baik bercium..
cikgu pesan kalau nampak ade orang buat macam tu kata 'BERHENTI'
Amir mengangguk-angguk tanda faham..

Dalam perjalanan untuk pergi ke toilet..
Amir terlihat satu pasangan sedang bercium sambil berpegangan tangan dibawah pokok di luar pagar sekolahnya..

dengan segera, amir pun menjerit....
"JANGAN BERHENTI!!!"

Siapa kata bahasa melayu tu senang...

cuba baca ayat nie..
kalau paham, memang korang lulus ujian membaca..

diz ama ndu luka lasi ke rasak tiper gime nca rikit absuc iseda ngka nke ralagisa tused angs ibukme ngej atul isani ni hehe!

nice try! =)

Saturday, 25 September 2010

Tempat yang paling menakutkan di dunia!



RINTIHAN suara pada lewat tengah malam, lintasan bayang yang menegakkan bulu roma atau jelmaan makhluk menyerupai manusia adalah pengalaman ngeri yang tidak mahu dilalui oleh sesiapa.

Kewujudan hantu telah lama dipercayai manusia meskipun sains masih meragui kesahihannya. Bahkan boleh dikatakan setiap masyarakat di dunia ini mempunyai kisah misteri yang tersendiri.

Misteri di sebalik lokasi yang menyeramkan seringkali dikaitkan dengan tempat berlaku pembunuhan dan kematian, tanah perkuburan atau rumah lama yang ditinggalkan.

Kepercayaan pada aktiviti aneh atau paranormal juga disokong pengalaman mereka yang pernah melaluinya. Tidak kurang juga cerita yang diperturunkan secara mitos dan legenda.

Bukan sekadar pengakuan saksi, sebahagian daripada kisah misteri yang berterusan sehingga hari ini juga diperjelaskan melalui bukti gambar dan rakaman video.

Ladang Bell

DI Tennesse, Amerika Syarikat, sebuah ladang milik keluarga Bell yang diusahakan sejak 1800 merupakan satu daripada lokasi paling menyeramkan.

Kejadian pertama dilaporkan sendiri oleh John Bell iaitu penemuan seekor makhluk aneh yang seakan-akan gabungan arnab dengan anjing.

Di antara tahun 1817 hingga 1821, jelmaan wanita pula menghantui seluruh ahli keluarga Bell. Hantu yang dikenali sebagai ahli sihir bernama Kate itu juga dikatakan penyebab kepada kematian John Bell.

Kematian Bell disaksikan dalam keadaan kejam di mana dia ditemui mati di atas katil berlumuran dengan cecair hitam.

Bagi merungkai kejadian itu, perisik paranormal melakukan 'temubual' khas bersama Kate.

Thursday, 23 September 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut


Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi~kosmo~

Ashraf, Bunga dapat anak lelaki


Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Cinta Lestari, 27, yang merupakan isteri kepada pelakon dan pengacara Malaysia, Ashraf Sinclair selamat melahirkan bayi lelaki di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta Selatan semalam.

Ashraf, 31 yang dihubungi, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya setelah bergelar seorang bapa.

"Saya sentiasa bersama Bunga sejak dia dimasukan ke hospital sehinggalah ke dewan pembedahan dan akhirnya melahirkan anak pukul 2 petang", ujarnya.

Menurut Ashraf, isteri dan anak sulungnya yang dilahirkan dengan berat 3.45kg itu berada dalam keadaan sihat.

"Bunga melahirkan anak menerusi pembedahan atas nasihat doktor dan keadaannya sihat walaupun masih lemah", katanya.

Pasangan yang pernah berganding dalam filem Saus Kacang itu melangsungkan pernikahan pada 8 November 2009 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.

Tuesday, 21 September 2010

Norman vs Abby


haaaa... sesape yang mengikuti kisah mereka
mula drp mereka bercinta, bertunang, berkahwin and bercerai
pastu rujuk balik and bercerai semula...
pastu salah seorang drp mereka dah bertunang balik dan tengah tunggu nak kawin jek

yang terbaru ni, kecoh balik pasal diorang..
pasal si lelaki ni tadi masih belum lagi melunaskan wang hantaran kahwin sewaktu mereka kahwin dulu...

waahhhhhh.. ape yang sebenarnya terjadi ni?
ade sesetengah blog yang aku baca kebanyakannya menyalahkan pihak perempuan pasal sekarang baru terhegeh2 nak bagitau media tentang bermacam-macam hal dan kisah mereka..
kenapa x bagitau sebelum norman dan memey bertunang? betul x???

tapi aku bangkang sape yg cakap macam tu!
x patut betul nak salahkan si abby tu...
abby tu dah la golongan yang teraniaya dek kerana telah 'diduakan' disaat anak yang dikandung masih lagi dalam perut..
sape yang x sedih babe...
kalau bukan artis pun sedih....

ini kan pulak artis...
bila hari2 media menceritakan kisah suami die 'ditangkap'
maunya x sedih...
anak kat pangkuan masih x mengerti ape-ape lagi
nasib baik la abby tu antara yang tabah
kalau x...

tapi kenapa masih ade golongan yang menyalahkan si abby tu.. memang dasar berat sebelah..!! (terutama blog tetttt)
yang salah tetap salah.. dah terang lagi nyata sape yang bersalah..
tapi kenapa nak disalahkan orang yang x bersalah?
aku x menyokong mana2 pihak..
dua2 aku ambik input and aku keluarkan ouput..

bagi aku x salah kalau abby nak keluarkan kenyataan pasal hutang2 yang belum dilangsaikan... memang batul pun cara die tu.
jangan ingat nak kawin jek reti..
tanggungjawab dah dilupakan...
tu la besarnya tanggungjwab sorang laki..
kalau dah x sanggup nak pikul tanggungjwab
jangan sengaja cari pasal...



tunaikan ape yang wajib dulu..
sedangkan nafkah bekas isteri dan anak2 adalah lebih wajib daripada nafkah 'si tunang tu'
aku xnak menyebelahi sape2..tapi setiap orang berhak dapat ape yang sememangnya menjadi milik die..

bukan mintak ikut suka jek..(xdek pun si abby tu mintak rumah banglo 2-3 bijik.. ade abby sebut pasal rumah? rasanya xdek..sebab mungkin norman dah bagi rumah kat die.. abby just mintak benda yang sepatutnya die dapat.. xdek pulak die mintak benda bukan2)
semua benda yang die mintak tu bersebab

bukan membuka aib sesape..
tapi kalau betul2 si lelaki tadi dah bayar duit hantaran and bagi nafkah anak die beri secukupnya..
xdek sebab kenapa pihak perempuan ni nak bersuara..
sebab kalau betul, buat ape die nak malukan diri sendiri..

cara abby tu nak mengingatkan pihak lelaki
supaya jangan sengaja nak bermain dengan tanggungjwab..
kalau ikutkan hati aku.banyak lagi nak ditulis..
tapi setakat ni jek tangan aku mampu tuk menaip..
sekian...

setiap patah perkataaan yang dikeluarkan oleh si abby ade rasionalnyer.. cuma lelaki bila dah terkena... memang die x senang duduk.. cepat jek die balas balik..

p/s: kalau ade yang perasan.. disaat hari pertunangan si norman dan memey (raya ke-4 kan?).. ade satu siaran televisyen swasta tempatan menyiarkan drama lakonan norman dan abby bersama2..ape maknanya tu?.. mungkin ade hint yang nak disampaikan.. terpulang kepada cara pembaca berfikir!!

Monday, 20 September 2010

cempedak goreng vs cendawan goreng


kalau diberi pilihan...
antara cempedak goreng dengan cendawan goreng..
yang mana korang akan makan dulu?

kalau aku, aku akan makan dua2 skali...hahaha
waaaaaaaa... skrg ni memang aku tengah giler dengan dua2 benda nie
memang favourite aku sepanjang zaman
marvelous..
perghhhhhh..
makan panas2 sedap nie...



malam ni aku memang betul2 terbayang makanan nie
terus boleh buat perut aku berbunyi kencang..

ahhhh..xleh jadi..
pi dapur tengok sup sayur sawi + udang jek yang tinggal
ape lagi..abis semangkuk sawi tu aku makan macam tu je..
buat pengganti cendawan and cempedak goreng aku...hehe
cayalah...!!

p/s: gambar2 nie aku curik kat internet..hehe.. mana yang aku jumpa dulu aku kebas jek..so, kepada pemilik2 gambar ni.. aku mintak izin tuk publish kat sini yer..=D..

Hidup ni singkat untuk ada musuh


tadi bukak channel 702
rancangan realiti omputih
masa bukak tu betul2 sarikata tu tengah tulis
'hidup ni singkat untuk ada musuh'

kalau la manusia ni sedar betapa singkatnya hidup
tentu xdek manusia yang mensia-siakan hidupnya
and xkan ade manusia yang nak hidupnya dipenuhi dengan musuh

kumpul musuh banyak2 pun.. diri sendiri yang akan sengsara..
sedangkan kalau kita tau hidup ni singkat
dah tentu kita akan penuhkan hidup kita dengan kegembiraan!

bak kata orang..
'rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari'
kikiki..ade kena mengena ker?

hidup ni terlalu singkat..nak cari musuh pun x sempat...

Jom gulung laptop! Senang nak bawak

laptop x boleh gulung?
boleh la.. jom ikut langkah2 dalam video kat bawah nie..
confirm boleh..
x tipu punyer..



dah tengok?
betul kan laptop boleh digulung.. hehe
sebenarnyer laptop dalam video tu adalah 'future laptop'
haaaa... aku suka benda2 yang luar alam nie..
kalau boleh barang2 aku semuanya nak yang canggih2..fuyoooo..
baru best..

tapi x tau la pulak laptop kat dalam video tu dah wujud ke belum..haha
kalau da jual pun..
harga dia mesti boleh buat aku puasa berbulan2..=D

Sunday, 19 September 2010

Kes Sosilawati : Taktik hapus bukti tak menjadi


PERISTIWA pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong dekat Tanjung Sepat, Banting, Selangor telah menyentak perasaan jutaan rakyat Malaysia.

Pembunuhnya dianggap kejam dan bersifat kebinatangan. Kesemua mangsa dipercayai dibunuh seorang demi seorang menggunakan besi pencangkuk dan tikaman bertubi-tubi pada perut.

Mayat mereka kemudian dibakar manakala abu mayat dibuang ke dalam sungai berhampiran.

Turut dibunuh bersama Sosilawati ialah pemandu peribadi, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.

Pihak polis telah menahan lapan orang suspek termasuk seorang peguam yang menggunakan gelaran Datuk palsu.

Para penyiasat yakin pembunuhan itu telah dirancang rapi. Ini termasuk mangsa dibenarkan atau mungkin juga dipaksa oleh penjenayah terbabit supaya menghubungi keluarga masing-masing pada malam 30 Ogos lalu bagi memaklumkan mereka tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana urusan kerja.

Ia bagi mengelakkan keluarga mangsa membuat laporan polis tentang kehilangan mereka dan membolehkan penjenayah terbabit menghapuskan barang bukti dalam tempoh tersebut.

Peguam itu, yang semestinya mahir selok-belok perundangan termasuk melupuskan barang bukti, dikatakan menjadi perancang utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Dia tentu mengetahui ketiadaan bukti fizikal akan menyukarkan pihak polis membuat pendakwaan di mahkamah.

Seperti yang digambar dalam siri drama penyiasatan popular, Crime Scene Investigation (CSI), penjenayah sedaya upaya menutup kesan khususnya bukti asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengelakkan mereka ditangkap.

SUNGAI Panchau dipercayai lokasi abu mayat Sosilawati dibuang.

Secara umum, dalam sebarang proses siasatan jenayah terutama yang membabitkan kes bunuh, bahan bukti utama yang dijejaki oleh pakar forensik ialah DNA.

Keunikan DNA yang menjadi identiti biologi setiap individu yang berbeza membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti suspek dengan mudah, sekali gus mempercepatkan penyelesaian siasatan sesuatu kes jenayah.

Penjenayah yang licik pasti menyedari hakikat ini. Malah, pensyarah Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zafarina Zainuddin berkata, DNA yang ditinggalkan di tempat kejadian boleh terjejas jika terdedah kepada persekitaran yang ekstrem seperti lembap atau panas melampau. Teori ini nampaknya sekali lagi digunakan dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Saturday, 18 September 2010

Bila budak kecik dapat hidayah


aku ade ramai anak buah..
tapi aku nak cite pasal anak buah aku yang sorang nie..
nama die aliff

sekarang umur die baru tujuh tahun
baru melangkah masuk ke alam persekolahan
pagi die pegi sekolah kebangsaan
balik skolah die pergi skolah agama
lepas tu malam die pegi blaja mengaji

tiap2 hari isnin sampai jumaat
tu la jadual die..
balik2 dari mengaji jek mesti die mengadap laptop
main game GTA die tu...
pergghhh.. kalah aku..hehe

ade satu hari tu..
balik dari mengaji die pun cerita la
ape yang die belajar aritu
die kata..

"ibu2.. tadi kan aliff sembahyang jemaah ramai2"

pastu die sambung lagi

"ibu tau x ape yang aliff suka sekali?"

waaa.. suspend jek ibu die nie dengar.. dalam hati mesti ibu die kata..x sia-sia hantar aliff pegi blaja ngaji dengan budak2 tahfiz..

"masa sembahyang aliff paling suka bila sujud"

si ibu tadi nie pun dah menyangkakan perubahan positif bila anak die cakap macam tu..baru nak berbangga bila dengar anak die macam tu..mungkin anak die dah dapat hidayah kot..

terus anak buah aku sambung "aliff suka sangat masa sujud sebab masa tu aliff boleh tidur, aliff rasa nak tertidur je bila sujud lama2" selamba jek anak buah aku cakap macam tu..

masa tu aku dah nak gelak guling2 dengar die cakap.. budak ni betul2 dah dapat hidayah..hahahhahah.. =D

Ujian Lisan Bahasa Melayu : tapi cakap english?


hari ni tiba2 teringat satu kes nie
boleh buat entri nie..hehe..

ingat x zaman sekolah dulu-dulu..
masa tu macam-macam ujian ade..
termasuklah ujian lisan bahasa melayu dan juga inggeris..
(sekarang aku x sure ujian tu wujud lagi ke x) hahhaha
pasal zaman sekolah2 ni, bukan zaman aku lagi daa..

aku nak cite pasal sorang budak nie..
yang jugak merangkap jiran sebelah rumah aku..
dulu die penah cite kat aku kisah die nie..

die kata sekolah die nie x lama lagi nak buat ujian lisan bahasa melayu
so, die pun pilih la topik yang dah disenaraikan
ujian lisan ni kalau x silap aku
boleh buat dalam macam2 bentuk
yang jiran aku nie pun, ambik 'berita' sebagai tajuk utama

pada hari ujian lisan tu.. (setelah x tido sehari semalam menghafal skrip...ye ke? eheee... merapu jek nie)
jiran aku ni pun punyer la bersemangat nak tunjukkan pada cikgu bm die bahawa betapa menariknyer idea yang bakal die tunjukkan kejap lagi
bila sampai giliran die..


jiran aku ni duduk la depan kelas..
ambik satu kerusi n meja..
buat ala-ala pembaca berita korea yang glamour tu..
sape yer??
padahal kalau tanya aku, sumpah aku x kenal sorang pun..kikiki...
dengan penuh yakin die membaca berita tersebut dengan sebutan baku..(agaknye la.. aku xtau pun, pasal xdek ditempat kejadian..haha)
at last diakhir berita tersebut die pun mengakhiri beritanya dengan berkata:

"8tv.. we're different"..

waakakaka..mau x tergelak aku dengar cite die nie masa tu
sudah terang lagi nyata tertulis kat whiteboard depan kelas tu
'UJIAN LISAN BAHASA MELAYU'
macam mana la boleh terkeluar bahasa omputih tu plak
ntah dari benua mana la die import perkataan tu..hahaha

agak2 kalau korang jadi cikgu bm tu, bape markah yang korang nak bagi??
hak8... nasib baik aku xdek dalam kelas tu!

ape2 pun tahniah kepada kepada Mr.Exandermiex kerana telah lulus ujian lisan! =D
(tribute to Mr.Exandermiex )

Pergi masjid lompat tingkap..


entri yang aku nak tulis nie...
xtau la nak ckp katogeri ape..
tapi ni ade satu kisah nak cite..
hehe.. biler tkenang balik kisah nie
rasa nak gelak guling2 kat lantai pun ade gak
kui3..

kisah ni melibatkan sorang budak yg benama panicking..
hehe.. Mr.P..

dulu ms kecik2 dulu..
budak yg bernama P ni ade satu hobi
hobi die agak pelik
aku xtau la budak2 zaman sekarang ade lagi ke x yang spesis mcm ni
kalau ade pun aku rasa x ramai..
aku tabik spring kat budak2 yg mcm nie.. ngeeee

Mr.Panic nie, masa kecik dulu
die suka sangat kalau pi masjid
pantang kalau ayah die pi masjid die mesti nak ikut
walaupun sekadar duduk jek dlm masjid tu..

yang aku nak cite nie..
kisah die masa umur lebih kurang 4-5 tahun
pernah satu pagi tu around kol 5.00-5.30 mcm tu la
waktu2 orang slalu pi masjid sblm subuh..

Mr.Panic ni terdengar bunyi motor ayah die
terus die terbangun..
die x pandang kiri kanan dah,
pastu terus die bukak tingkap..and terjun dari tingkap tu
kikiki.. masa tu rumah kayu lagi.. biasa la tingkap rumah yang ade dua sayap tu.. tolak jek terus terbukak..

lepas die terjun tingkap tu, terus die jerit kat tingkap tu..
"nak ikut......!!!!!" hahahha...
aku x sure la kot2 ade jiran yg terdengar.. heeeee
terus ayah die berenti motor kat tengah halaman rumah tu
nasib baik blom lepas pintu pagar lagi..
kalau x aku xtau la macam mana die kejar moto tu...hoho
lawak3.. punyer la bersemangat nak ikut smpai terjun tingkap
nasib baik tingkap tu x tinggi..aisehhhh

adik2 jgn buat mcm tu yer..
kalau nak keluar, sila ikut pintu! hak3
masa tu kecoh satu rumah..
semua terkejut pasal kes terjun tingkap tu
terus x jadi nak tido kot lepas tu..hahaha

tapi memori aku x bape nak ingat baju ape yg die pakai masa tu
kot2 tido x berbaju.. terjun tingkap then terus lari kat motor..
hahahaha...

p/s: moral of the story : jangan suka berjanji dengan budak2..walaupun benda tu nampak remeh..tapi besar kesannyer pada budak2.. budak2 ni ingatan die kuat..so, die akan tuntut janji tu

:lagi satu sila hidupkan enjin motosikal anda jauh daripada rumah..supaya budak2 x terkejut dengar bunyi enjin! lagipun takut kes terjun tingkap berulang kembali..kehkehkeh.. sejak kejadian tu, ayah die terpaksa tolak motosikal jauh dari rumah, lepas daripada pintu pagar baru boleh hidup enjin..hehe..

: one more thing... sejuk perut mak bapak mengandung (bapak??).. kalau sampai ke besar anak die rajin pi masjid..hehehe.. =P..
(tribute to Mr.Panic )

Friday, 17 September 2010

Kes Sosilawati: Mana suami Sosilawati menghilang



Kelibat suami Datuk Sosilawati Lawiya yang tidak kelihatan di rumah agam jutawan kosmetik itu di Taman Harmonis, Gombak, sejak wanita tersebut serta tiga yang lain dilaporkan hilang menjadi tanda tanya.

Malah, sejak berita pembunuhan pemilik syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu didedahkan, lelaki itu dikatakan tidak pernah muncul di rumah usahawan tersebut.

Bagaimanapun, seorang kenalan rapat keluarga Sosilawati yang ditemui di kediamannya hari ini memberitahu, lelaki yang dikenali sebagai Reecal itu ada menghubungi anak tirinya sejak pembunuhan jutawan itu di Banting, Selangor didedahkan Ahad lalu.

"Tetapi sejak berada di sini dua hari lalu, saya masih belum nampak kelibatnya. Anak-anak Sosilawati ada beritahu dia pernah menelefon untuk bertanya khabar," katanya.

Seorang lagi kenalan rapat keluarga itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu Utusan Malaysia bahawa Reecal ada di ibu negara.

"Dia masih di Kuala Lumpur tetapi saya tidak mempunyai maklumat lanjut seperti nombor telefonnya," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada Reecal dan Sosilawati masih bergelar suami isteri sebelum wanita itu dilaporkan hilang.

Pada 3 Januari lalu, Sosilawati dalam satu sidang akhbar memaklumkan bahawa beliau berkahwin dengan lelaki itu yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia pada 25 November tahun lalu di Songkhla, Thailand. ~utusan~

Thursday, 16 September 2010

Pening tengok dunia guna 2 mata


selalunyer bermata empat.. tp hari ni aku ade dua mata jek
hidup rasa x sempurna bila spec hilang skru..uwaaaaa

aiyakkk.. semalam nfon jatuh dlm bilik air..
nasib baik nfon tu bernyawa lagi
hari ni cermin mata plak yg jadi mangsa..
kalau nak jatuh pun jgn la sampai skru pun blh tercabut

abis spec mak n adik aku jadi mangsa tuk mengetest 'power'
last2, 2 kali ganda pening yg aku dpt drp x pakai spec..

spec oooo spec..
kalau yer pun ko dah bosan dengan bingkai lama tu
kalau yer pun ko nak suruh aku tukar yang baru
tunggu la gaji aku cecah puluh juta rupiah dulu..huhu

sabar ye mata.. esok spec tu akan kembali ke pangkuan ko..

nak out of topic jap..
mengangis2 hidung aku ni sbb selsema
tekak pun da gatal2..
kepala tmbh pening bila spec xdek!


ni bjangkit ngan panicking la nie
tanda2 nak demam da ade
awas ko virus!! aku xkan benarkan ko menyerang tubuh aku..
nyah kau dari sini!!

10 peristiwa pelik yg aku tengok dengan mata sendiri



1. tin minuman kosong yang diletakkan atas kabinet berpusing sendiri.. pelik ke x?

2. aku gak pernah tengok ade orang diacukan pisau kat leher die dan dibelasah depan mata aku sendiri, kepala dipijak dengan kasut, gara-gara menghalang laluan seorang 'gangster'.

3. masa duk asrama dulu, aku pernah ternampak tangan berbulu tgh ambik towel..waktu aku baru lepas mandi (5.30am) masa tu aku igt member aku.. tp bila masuk bilik, semua tgh tdo lagi..

4. masa tengah kerja kat satu tempat dulu, aku pernah jumpa ade orang menyembunyikan parang panjang (pnjg die mcm pedang) dalam belakang baju die sambil berjalan laju macam tengah mengejar sumone.. orang tu lalu depan kedai tempat aku keje dulu.. yg aku terkejut..parang tu berkilat lagi..waaaaa... mcm parang baru jek!

5. satu lagi kes, masa aku naik bus dalam perjalanan ke utara.. bas yg aku naik tu telah berhenti di satu stesen minyak..nak tau sebab aper? salah seorang penumpang dlm bus tu (bukan warga malaysia, burma kot) telah 'terbuang air besar'.. bau die xyah cakap la.. bukan setakat tu jek.. penumpang tersebut turut dibelasah dengan teruk oleh 'pemandu bus tersebut and the geng'.. semuanyer berlaku depan mata aku sendiri.. yg x dpt aku lupakan bila slh seorang drp geng tersebut.. berlari macam nak masuk perlumbaan jek, at last kaki die singgah kat belakang badan penumpang malang tersebut.. masa tu aku tgk mcm nak nangis jek..rs macam nak patah tulang blakang penumpang tu.. mmg lah salah die sbb x bg tau nak 'tutttt'..tp xkan smpai mcm tu skali kot dibuatnyer.. kwn kepada penumpang mlg tu bg tau yg die baru smpai ke malaysia dan masih xtau berbahasa melayu. patut la diam jek bila orang tya.. tp masa kes tu aku respect kat sorg brader macho ni(juga penumpang bus tersebut), yg berjaya menghentikan pergaduhan tersebut disaat xdek sape pun berani bersuara.. tahniah brader!!

6. dalam bilik aku, masa kat asrama dulu ade cakaran makhluk berjari tiga kat dinding bilik tu.. bila ditgk secara dekat, cop tersebut adalah darah kering...erkk..persoalannyer.. makhluk apekah yang berjari tiga??? sape dpt jawab 10 markah!

7. dulu.. masa rumah aku blom bersambung lagi, kire rumah lama lagi la.. waktu bangun tuk solat subuh.. orang kata subuh gajah..hehe..masa tu da dekat pukul 7.. kat luar rumah tu da macam nak cerah.. aku dpt rasa ms aku masuk toilet tu, ade 'sumone' tengah tgk aku kat lubang angin toilet tu.. bila aku masuk ke bilik, makhluk tu follow aku smpai ke bilik.. disebabkan langsir bilik tu terselak, aku blh nampak bayang2 hitam diluar tingkap.. objek tu berdiri jek kat sebelah tingkap tu. objek tu dari bayang yg aku nmpak, susuk tubuh die mcm manusia berkepala botak.. x nmpak mcm pakai baju.. mungkinkah 'bogelman??'.. yg pasti benda tu lagi rendah dari aku! makin lama aku pandang makin aku rasa nak tegur.. aku siap nak bukak tingkap lg nak tgk sape tu! tp x cukup berani tuk bukak.. akhirnyer aku bersuara perlahan "sape tu?" bila aku datang makin dekat dgn tingkap tu..objek tu mula menghilangkan diri! wahhh.. kalau aku dpt die, mmg aku ikat die kat pokok kerengga!!!

8. satu lagi peristiwa, masa aku duduk bawah pokok durian belakang rumah aku, tiba-tiba aku rasa dunia macam berpusing, macam masuk ke dunia lain.. tp aku xtau dunia ape! bila aku kembali ke alam nyata...sebiji durian gugur depan mata aku! kejadian ni berlaku masa aku budak2 lagi.. masa tu aku teringin sangat nak tgk durian gugur depan mata.. mungkin masa tu hati aku suci lagi..hehe.. maka tuhan makbulkan.. alhamdulillah..tapi durian yang gugur tu adalah durian muda!!.. sbb blom tiba lagi musim durian gugur.

9. satu lagi benda nak dicerita.. dulu masa anak buah aku kecik lagi, sorang drp anak buah aku ni pandai bercakap masa umur 3 bulan...hehe.. masa tu anak buah aku tu baru lepas mandi, then ibu die cakap.. "lepas ni kita makan yer" lepas tu tau ape yang aku and akak aku dengar? baby tu cakap "ibu suap"...wallahualam.. =)

10. yg last skali nak bg tau, yng aku pernah tengok baby xdek gigi...hehehehe... x pelik kerr?

Wednesday, 15 September 2010

Kes Sosilawati : Bakar mayat tapi tak hapus bukti

KUNCI KERETA DITEMUI

Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.

SELAM...anggota unit penyelam memeriksa kawasan Sungai Kanchong Laut tempat membuang abu mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu.

Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit. ~myMetro~

Posto....Posto.. pin2... Pernah dgr posmen bagi salam untuk hantar surat?


Pernah dgr posmen bagi salam untuk hantar surat x?
aku pun x pernah dengar..

tapi jangan sampai aku yang bagi salam kat rumah posmen tuk cari surat aku!!
wehhhh.. posmen.. org lain pun cuti raya gak..
yg ko cuti raya lama2 sgt ni nape?
gaji da naik.. pe lagi yg ko nak?

surat aku mana? mana surat aku?
kalau surat x penting xpe..
tu surat penting la wehhh..
boleh pulak buat men2...
cehhhh!!

orang lain da pi turun naik hospital
tuk siapkan medical checkup
ade yg da siap da pun..
tapi surat aku mana????
batang hidung pun x nampak..

xkan nak suruh aku geledah pejabat pos tu?
kalau esok x sampai gak,memang aku akan serbu office tu
sedialah wahai posmen....
tunggu kedatangan aku...!!!!!
watttchhhhaaaaaaaaa....

Tuesday, 14 September 2010

Kisah benar.. jangan sesekali baca kalau tinggal sorang2



ni bukan kisah tipu
or sengaja mengada-ngada mengada-adakan cerita ( paham x? sila ulang ayat tu skali lagi) sampai rs2 mcm betol2 paham

ini adalah kisah benar sbenar-benarnyer yg aku betul2 alami masa aku form 6 kat sebuah lokasi sekolah berasrama harian di sebuah negeri di pantai timur yg bermula dengan huruf 'P'..agak2 da tau jwpn? haaa..lebih kurang kat ctu la tempat die.. lokasi dirahsiakan untuk kebaikan bersama.. nnt ade pulak yg takut nak duk kat asrama tu..

kisah bermula bila.. tiba pada pada hari dimana ada satu jamuan yang melibatkan semua pelajar2 dlm asrama tu.. tp aku da tak ingat da jamuan ape tu.. aku rasa mcm jamuan akhir tahun jek kot.. tp yang pasti mlm tu ade mkn sate...

kalau x silap aku hari tu hari jumaat.. coz slalunyer jamuan akan diadakan pada mlm sabtu... tema pada mlm tu adalah warna kuning.. kat dlm asrama tu aku tinggal bersama 3 penghuni yg lain dalam satu bilik..

disebabkan tu merupakan asrama baru..maka ktorg dah x guna sistem dorm sbaliknyer bilik..dlm bilik tu blh muat lapan org.. sbb bilik tu mmg besar dan sgt selesa.. tp untuk bilik yg aku duduk, penghuni die x penuh..ade 4 org jek termasuk aku..

alkisahnye nak dijadikan cerita, pada petang jumaat tu ktorg masing2 buat hal sendiri dlm bilik kami tu sambil menunggu jamuan yg akan diadakan pada mlm nanti.. melainkan ade sorang member aku yg bernama 'M' ni tengah tdo.. waktu tu dah nak masuk senja lebih kurang pukul 6.30pm...

untuk pengetahuan korang semua bilik yang ktorg tinggal tu x pernah lagi ade penghuni lain sbb ni adlh asrama baru. lagi satu bilik ktorg tu terletak dibahagian tingkat yg paling atas skali dan dihujung tangga..tingkat ke 4.. bilik tu kalau bukak tingkap memang akan mengadap hutan kat blakang asrama tu.. aku ingat lagi nama bilik tu SH3.. kalau x silap aku aras tu dinamakan aras siti hajar.

sambung balik citer tadi..smapai mana da ek?..
haaaa.. yg member aku tdo td tu kan.. lebih kurang pukul 6.30pm member aku td bangun..aku x igt la aku kejut die or die yg kejut aku? ehh.. aku x tdo la.. mesti la aku yg kejut die! lepas ni ktorg kena bersiap2 tuk jamuan malam nanti dan kena berkumpul kat dewan makan selepas waktu maghrib.

masa member aku bangun tdo tu, die panggil ktorg yg ade kat dlm bilik tu..
pastu die tanya..

"cuba korang tengok kat dinding ni, pe die ek?" sambil tgn die tunjuk sumthing kat dinding sebelah die tu.. kalau korang x dpt bayangkan, katil die terletak kat bahagian tepi sekali kat sebelah tingkap yg mengadap hutan tu.. dan merupakan katil single.

lepas tu ktorg pun tengok la ape yg die tunjuk tu..

"aah ek pe die tu ek?... tapi nampak macam kesan karat jek kan...?"
lepas tu member aku yg lain pun mengiakan je la..sebab ktorg da mls nak fikir panjang2.. ktorg kena bersiap cepat2 sbb kejap lagi nak turun dewan plak..

Tengah tgk Estates of panic jap (channel 701 : pukul 1.05am-2.05am).. nanti sambung balik citer nie.. to be continued:

*************************************************************************************
cerita bersambung:

sampai kat dewan, ktorg beratur la ikut bilik masing2..nak masuk dewan pun kena ikut adat dan istiadat die..cewahhhhh... tiba2 member aku yang sorang ni die kata nak balik bilik nak ambik barang.. die kata kamera die tertinggal dlm bilik.. disbbkan waktu tu da agak lewat dan majlis pun dah nak mula, maka 'M' and member aku yg sorg lagi tu pun cepat2 pegi naik bilik tuk ambik barang die tadi.. masa tu semua penghuni asrama dah berkumpul kat dewan makan, maka asrama dah pun kosong melainkan tinggal sorg dua jek lagi ajk yg tunggu kat pintu pagar..

kalau korang nak tau jarak dewan makan ngan asrama ktorg agak jauh.. bukan diletakkan dalam satu kawasan.. so, kalau semua da pegi dewan makan, maka..asrama tu akan terasa sunyi sepinyer...

lepas M kembali dari bilik die dan dtg balik ke dewan makan, aku nampak die duk bisik2 dengan budak2 yg lain..so, aku pun join je la skali.. tau ape yg jadi? M kata bilik ktorg ade cop makhluk berjari tiga. penuh cop kat dinding2 bilik yg bercat putih tu.. bukan stakat kat dinding, atas cadar yg berwarna biru muda dan lantai simen pun ade gak..

uhhhh, masa tu muka diorg da cuak daa... die kt cepat2 turun lepas ambik barang tu..
aku pun da rasa lain macam masa tu..tp oleh sebab jamuan da nak bermula..so, ktorg xnak kecoh2.. padahal sbenarnyer hati ni da x sabar nak masuk bilik nak tengok sendiri ape yg diorg kata...

jamuan berjalan dengan lancarnyer dan berakhir dengan kekenyangan yg x dpt digambarkan..makanan malam tu pun mewah sampai ayam yg x abis pun ktorg bungkus bwk masuk bilik... burlppp.. (bunyi sendawa mcm tu ker?).. jamuan berakhir lebih kurang pukul 1 pagi..

dalam perjalanan balik ke bilik.. aku ngan ahli2 bilik aku da x sabar nak masuk bilik.. cepat2 lajukan langkah.. setibanya kat bilik....

jeng3...bukak jek pintu dari jauh da boleh nampak kesan2 yang dimaksudkan oleh kawan aku tu.. bila tengok dekat2.. baru la ktorg tau yang cop2 kat dinding serta kat cadar tu adalah kesan daripada darah kering... tapi darah ape ek? erkkkk.. member aku komplen.. 2 paket biskut die yg die letak dalam loker yg x berkunci pun hilang gak..
bila ktorg kaji n selidik balik 'benda2' tu barulah ktorg dapat gambaran yg sbenarnya.. ghuper2nyer cop makhluk tersebut turut berada kat dinding pintu loker besi yang berwarna kelabu muda tu... iaitu loker yg digunakan oleh kawan aku utk simpan biskut2 die tadi..

mungkinkah makhluk tersebut kelaparan?? tapi knape nak ambik biskut tu? tong sampah kat bilik air tu pon da bergolek kat atas lantai dengan sampah2 disepahkan atas lantai seolah-olah makhluk tu tengah mencari 'sesuatu'.. agak2 ape ek? bila ktrog tgk balik cop2 jari tersebut.. terdapat kesan cakaran makhluk berjari 3 sepanjang lebih kurang 20cm dan kesan yang sama turut terdapat pada dinding yang bertentangan. kat syiling pon ada gak tp x berapa jelas...

ingat x awal2 cerita td aku bgtau kesan yang ktorag sangka 'karat' pada dinding tu? entah2 makhluk tu dah wujud dalam bilik aku since waktu petang tu lagi.. cuma masa tu kesan tu x berapa jelas dan x banyak lagi.. yg ktorg perasan masa tu juz dekat dinding sbelah katil M tu jek..

bila balik dari jamuan tu baru la perasan kesan tu semakin jelas dan cop2 tu bersepah-sepah kat dinding, atas cadar dan juga lantai simen.. bila ktorg cuba untuk jejak cop2 makhluk berjari 3 tu..sampai ke luar pintu, akhirnyer jejak die hilang bila sampai kat tangga sblh bilik ktorang tu..
tp xtau la yg ktorg nampak tu adalah tgn makhluk misteri tu ataupun tu adlh kaki die..

mula2 ktorg cuba untuk buat spekulasi yg makhluk tu sbenarnye adlh monyet atau kera belakang kawasan asrama tu, tp bila fikir balik mmg x logik.. tingkap bilik tu x dibukak . kalo bukak pun, gril tingkap tu yg berpetak kecik memang x lps nak masuk.. lagipun ktorg duk aras paling atas skali..tingkat 4..rajin ke makhluk tu nak memanjat? lepas tu ktorg cek balik lubang angin kat toilet.. memang mustahil tuk lepas masuk dari ctu..lagipun monyet ade bape kaki??? akhirnya ktorang pun hilang punca.. xtau nak kategorikan makhluk tu sebagai ape..

dan kisah misteri tu x terjawab sampai la sekarang ni.. dan utk jalan penyelesaiannya.. malam tu ktorg buat bacaan yasin bersama beberapa org ajk asrama, ahli bilik dan juga seorang warden.. satu air baldi yang berisi penuh diletakkan ditengah-tengah bilik tu sambil bacaan yasin dibuat.. air yasin tu kemudian kami buat untuk basuh kesan2 bertanda darah kering kat dalam bilik ktorg tu.. puaslah ktorg memnjat katil double decker tuk bersihkan kesan kat bahagian dinding yg tinggi dan kat syiling.. setiap penjuru bilik tu jugak dilaungkan dengan azan.. dan malam tu kami tdo lewat disebabkan oleh kes tersebut..masing2 x berani nak tdo sorg2 kat atas katil..

yang aku peliknyer.. kes tu berlaku kat bilik ktorg..tapi budak bilik depan tu pulak yg pengsan..mungkin lemah semangat kot..ish3.. kalau da tau x berani jangan la tengok.. tapi kes tu x dikecohkan.. takut nnt ade yang histeria.. makanan yg ktorg bungkus malam tu pun terpaksa dihabiskan gak dan dibuang ke dlm tong sampah kat luar tu.. x berani da nak buang tulang2 kat dlm bilik.. nnt lain pulak jadinyer.. kang ade pulak makhluk lain yg mengadap tulang2 tu.. errrkkkk..

tu la first time benda tu terjadi depan mata aku sendiri dan boleh nampak dgn mata kasar.. yg lain tu ade gak la.. kena kacau tu perkara biasa tp benda2 tu x nmpak.. tapi kejadian hari tu, makhluk tu betul2 menonjolkan diri die.. sejak hari tu kami ahli2 bilik tu x berani nak bising2 lagi or dlm bahasa asramanyer.. dah x 'galak' lagi da.. sebab slalunyer bilik tu mmg akan bising tiap2 malam dek kerana keriuhan kami... sebelum ni warden da pesan banyak kali.. jgn galak sgt...mana la tau masa tu nape die x bagi ktorg bising2.. tp budak2 lagi masa tu biasa la.. dan akhirnya jadi gak benda pelik kat bilik tu...bile jadi benda mcm tu baru ktorg faham yg ktorg dah mengganggu ketenteraman penghuni halus kat asrama tu..

~tammat~

Nak memulakan sesuatu tu memang susah...

x percaya?
cuba tgk sendiri diri korang
permulaan untuk melakukan sesuatu tu memang susah..
banyak betul dugaan..

-penah tgk program realiti tv x?.. nak mulakan exercises tu x payah cakap la.. aku tengok "the biggest loser" kesian betul tgk diorang tu.. ade yang sampai menangis2 kena paksa untuk tamatkan sesi exercise yg mula2 tu..

aku bukannyer nak cite pasal ape pun, sbenarnya nak cite pasal bangun pagi..bila time nak kena pi keje..solat subuh, tgk je la berapa ramai yang kantoi solat subuh sbb lewat bangun pagi, nak plak kalo bukan hari bekerja..lagi laa..

x payah ckp la die punyer malas nak bangun tu..banyak betol setan yg begantung kat klopak mata... aeghhhhh... bukan ke kalau kita da baca ayat qursi kita akan dilindungi dari setan2 sampai ke pagi? tp nape susah sgt nak bgn pagi? sebab setan gak ker?

Monday, 13 September 2010

10 perkara yang aku benci...

1. aku benci menunggu dan buat orang tertunggu2.. atau dalam bahasa omputihnyer.. i hate waiting...

2. aku x suka orang yg xtau nak hargai ape yang orang lain da buat untuk die.. bukan nak suh bagi pape pun, tapi bila orang dah buat sumthing untuk die cuba la hargai sikit.. even kalau orang bagi hadiah pun aku sgt hargai.. walaupun benda tu nmpak kecik, tp slagi pemberian orang lain aku tetap simpan.. penah tengok x, hadiah yang kita bg kat die, lepas tu die boleh bagi plak kat orang lain..pergghhhh... teruk betol!!

3. aku x suka orang yg penuh kepura-puraan.. depan kita cakap lain, belakang kite cakap lain.. ckp straight to the point da la woii.. ni nak belit2 plak

4. aku benci kat orang yang tau nak mengarah orang lain jek.. buat sendiri x reti plak.. cakap banyak.. waaahhh, ingat aku ni kuli ko ker..

5. aku x suka orang yang selalu memandang rendah kebolehan orang lain. macam die tu bagus sgt jekk.. setiap org kan ade kelebihan die.. kenapa nak banding2kan dengan orang lain pulak! x boleh terima betol org macam tu..

6. aku x suka orang yang berlagak pandai tapi sememangnyer x pandai, nak tunjuk pandai plak die.. orang yang pandai sbenarnye x pernah nak menunjuk-nunjuk.. low profile jek

7. aku benci orang yang hanya tau berkata-kata tapi x pernah amalkan kat diri die..cakap perghh, macam die jek yang hebat..tapi..??!!

8. aku benci dengan orang yang pentingkan diri sendri.. bila nak pinjam barang kite, bukan main baik lagi, tp bila kita nak pinjam barang die? mcm2 alasan die bagi!! cehhh!! kalau asignmt kite nak jek tiru..tp bila kita nak pinjam asgnmt die..boleh pulak x bagi..warggghhhhh..xdek give n take langsung! boleh bla la org mcm tu.. xkan korang x penah jumpa kot?

9. aku x suka dengan orang yang x mengaku kesalahan sendiri.. kalau dah salah sendiri tu ngaku je lah.. ni boleh pulak die buat mcm orang lain yg nampak bersalah..grrrrrr... orang yang mcm ni boleh dikatogerikan sebagai rubbish! buat salah tau, tp x penah nak ngaku! sampah pun lagi baik kot... sampah ade gak tempat untuk dicampak, tapi orang mcm ni nak campak kat mn pun xtau laaa..

10. aku x suka orang yang bajet cantik or bajet lawa.. kalau betul2 cantik boleh gak terima, ni tak..tgkap gmbr pastu buat mulut macam mulut itik.. igt cute sgt ker? sumpah meluat tengok! pastu upload gmbr syok sendiri kat facebook banyak2. Nak suruh org puji mulut die tu mcm itik ker? Erkkk..kalau itik tengok pun aku rs die x mengaku sedara die..Silap2 siap muntah lagi..

~ aku harap aku x tergolong dalam golongan2 diatas.. kalau ade pun aku harap aku akan berubah untuk jadi lebih baik...
~kalau aku pun tersenarai dalam mana2 yang aku sebut tu, maknanyer aku benci diri aku sendiri!hahaha... so aku sgt2 berharap semoga aku akan jadi orang yg lebih baik.. yeahhhhh..

Peristiwa aneh 13 september..


suasana sunyi menyelubungi rumah seolah-olah xdek penghuni lain.....
awan kat luar rumah gelap..hitam pekat mcm menunggu ribut taufan melanda
waktu belom lagi menjengah ke waktu maghrib tp awan da gelap semacam..

tiba2 angin mula bertiup kencang..
kain2 langsir yg berjemuran di halaman rumah mula berterbangan satu persatu..
ada yang jauh berterbangan..

perlahan-lahan aku kluar dari rumah tu
cuba nak mengutip dan menyelamatkan langsir2 yg berterbangan
aku turun tangga rumah perlahan-lahan

blom sempat nak capai kain langsir yg paling hampir dengan tangga
kepala aku mula berpusing, mata aku kelam..
x pernah lagi benda2 macam ni jadi kat aku
tapi kenapa hari ni pandangan aku gelap dan kabur

aku cuba nak meneruskan langkah yg seterusnya
tp x mampu nak pegang ape2 dan akhirnya aku jatuh tersungkur ditepi tangga
aku xnak pengsannn.. aku xnak rebah kat sini
aku xnak ditinggalkan sorang2 kat sini tanpa ade sape2 kat rumah
aku xnak pengsan sorang kat cnie.. nnt xdek sape nak selamatkan aku

aku cuba nak kluarkan suara tp terlalu lemah
akhirnya hanya satu perkataan je yg aku mampu cakap.. "Allahuakbar"

aku sedar bila kipas tengah berpusing ligat dlm bilik
tiba2 bunyi message dlm inbox telefon bimbit berbunyi
cepat2 aku ambik telefon bimbit..
uhhh, da pukul 6.30pm..

aku capai tuala dan terus pegi ke bilik air untuk mandi
walaupun tu hanya mimpi, tp aku terus x jadi sambung tdo biler aku tersedar
aku xnak mimpi tu bersambung..
mimpi tu nampak ringkas, tp suasana dlm mimpi tu memang menakutkan
x dpt nak bayangkan..

cow dulu..
kesimpulannyer, jangan tido lepas waktu asar! mimpi syaitan semua tu.. ish3

Laptop aku hilang....=(.. : Tips elak hilang laptop


pengalaman menghilangkan laptop memang sesuatu yang menakjubkan..
terutama sekali untuk mereka yang pandai buat magic..

tapi pengalaman bila laptop dihilangkan lagi ajaib kan????
ingat orang yang buat magic jek ker yang pandai hilangkan laptop??
sebenarnya, seorang PENCURI lagi mahir dalam bab2 menghilangkan barang orang..
betul tak?
sebab kebanyakan barang yang dah dicuri biasanya xkan dijumpai semula...

uwaaaaaaa.. tu yang aku geram tu
nak pulak bila laptop aku yang hilang.. suka hati die jek nak curi laptop aku
ingat aku beli laptop tue guna air liur ker?
ingat aku beli laptop tue guna pasir belakang rumah ker?
ingat aku dapat laptop tue dari dalam buah durian ker??
ingat aku dapat laptop tue dari dalam kolam ikan depan umah aku ker?

warghhhhh... sesedap rasa ambik barang orang tanpa rasa bersalah ek..
kalau ikutkan memang x halal barang tu dunia akhirat
tapi bila islam da mengajar umat die supaya redha... maka aku redha je la..
walaupun ni cerita tahun lepas...

aku nak keluarkan jugak cerita ni, supaya korang semua berhati-hati dengan laptop yang korang tengah guna tue..

kalau hilang sebab letak dalam kereta aku x pelik..sebab tu atas kecuaian sendiri..
tapi bila hilang dalam kawasan hostel.. ataupun rumah sewa..
sah2 orang2 disekeliling kita jugak yg ambik dan memang x boleh dipercayai..

kesimpulannya jangan mudah percaya dengan orang yg baru dikenali walaupun tinggal sebumbung..belom tentu orang yg kiter senyum kat die hari2 tu boleh dipercayai..
AWAS!!! cukup la aku sorang jek yg merasai kesengsaraan bila laptop hilang
yang lain sila lebih berhati2 yer..

tips untuk elak laptop hilang:

-sila pastikan tempat yang anda tinggalkan laptop tu adalah selamat

-jangan sesekali tinggalkan laptop dalam kereta.. nanti bukan setakat laptop yang hilang..cermin kereta pun kena pecah sekali!

-orang kata kalau nak tinggalkan laptop kat mana2, terutama sekali dalam kereta (sekiranya terdesak), sila cabut bateri laptop anda dan bawa bersama anda.. kerana dikatakan alat pengesan laptop yang digunakan oleh para pencuri laptop, hanya boleh detect laptop melalui bateri..jangan la pulak bateri da cabut, tapi laptop letak atas seat kereta!! memang la x selamat! (tapi keselamatan laptop x dijamin sepenuhnyer)

-anda free? ade banyak masa untuk baca versi panjang macam mana laptop aku boleh hilang? meh klik sini ~macam mana laptop aku boleh hilang?~

Sunday, 12 September 2010

Sosilawati, tiga lagi mati disahkan dibunuh


Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.

Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. – Bernama

waaahhh.. mudah sungguh mereka membuat perhitungan.. singkat sungguh pemikiran mereka.. semuanyer hanya kerana kehidupan duniawi yang sementara...
ishh.. dunia sekarang semakin kejam!!

Kes Kehilangan Sosilawati terjawab hari ini


Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.

Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.

Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.

Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.

Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. – Bernama

Kes Sosilawati : Polis bawa suspek ke tempat kejadian


~gambar kediaman datuk sosilawati~

Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.

Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.

Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

Terdapat spekulasi mayat Sosilawati dan tiga orang lagi yang hilang itu dibakar.

Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata, polis ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu ditemui di Tanjong Sepat.

"Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk,” kata Elias yang enggan menyatakan nama penuhnya.

Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki rumah Sosilawati kira-kira pukul 12.30 tengah hari. – Bernama

Kes Sosilawati : Peguam, adik dan enam pekerja ditahan



Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. – Bernama

Sosilawati mati dibunuh di Morib ; Mayat dibakar di ladang ayam



Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

~dipetik dari kosmo!~

Saturday, 11 September 2010

Menu Hari Raya 2010.. =D

jom kita buat checklist untuk menu hari raya....yeehaaaaa.. =)

-kuih raya pelbagai jenis adalah diwajibkan walaupun sekadar hiasan..hoho

Hari raya pertama:

-Rendang daging
-rendang ayam
-Ketupat
-Lemang
-Tapai pulut (menu wajib..hahaha)
-Ketupat pulut/ ketupat daun palas
-sate (tempahan dah dibatalkan..urmmm)
-air kotak laici/soya/crysthanamum /blackcurrant(betul ke eja camni?ehehe)
-air oren sunquick (optional..specially tuk mereka2 yang datang secara berkeluarga..,demand btol kan? hehe..)

Hari Raya Kedua:

-Lontong..

ade yang tak tau ke lontong tu ape? haaaa.. meh sini nak bg tau.. lontong tu adalah makanan yang digabungkan dalam satu mangkuk.. then dimakan..hehe.. ok2..serius nie..lontong ialah sejenis makanan yang dimakan bersama dengan ketupat/nasi himpit + sambal ikan bilis + sayur lodeh.. memang marvelous..wuyooo..

eh, sayur lodeh pun xtau? kurang pengetahuan am betol la korang nie..hehehehe..jangan terasa hati plak ye aku cakap cenggitu..mengarut-ngarut je nie..kalau korang nak tau, google2 la kat internet tu yer.=P

-air sama seperti diatas.. huhuhu.. nak air lain pulak? ingat nie kedai makan ke nak order2..wah3..banyak cantik..ngeeeee..

Hari raya ketiga:

-Nasi tomato
-daging masak merah
-ayam masak kurma'
-acar timun
-ape lagi ek? lupe larr..tgk je la esok
-air oren sunquick

Hari raya keempat

-Bihun sup
-soto
-air masih lagi oren sunquick (sekiranya tiada perubahan dalam jadual menu..heee)

Wednesday, 8 September 2010

Kerang atas darah babi



Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging ~ mymetro

Kes sosilawati : Suami dengar suara cemas



KUALA LUMPUR: “Kau nak bawa aku ke mana ni?” Itu suara cemas Datuk Sosilawati Lawiya didengar kali terakhir suaminya melalui panggilan telefon yang dibuat jutawan kosmetik berkenaan sebelum ia terputus.
Suaminya, seorang ahli perniagaan dari Indonesia mendengar Sosilawati mengulangi pertanyaan itu berulang kali. Selepas panggilan telefon itu terputus, suami pengasas syarikat Nouvelle Visages (NV) itu cuba menghubungi telefon bimbit Sosilawati, namun gagal.

Sumber polis berkata, Sosilawati dipercayai cuba menghubungi suaminya yang berusia 40-an itu untuk meminta bantuan pada hari dia dilaporkan hilang.

“Difahamkan, dia turut menghantar SMS kepada anak sulungnya (Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25,) supaya tidak membenarkan seorang kenalan terdekatnya memasuki rumahnya di Gombak, Selangor.

“Malah, mangsa sempat menghantar SMS kepada anaknya mendakwa dia percaya gambar dirinya diambil secara curi atas motif tertentu,” katanya.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan keluarga terdekat Sosilawati selain isteri peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan isteri pegawai kredit CIMB Bank, Noorhisham Mohammad, 38, yang didapati hilang bersama jutawan terbabit pada 30 Ogos lalu.

“Berdasarkan siasatan, Sosilawati pernah beberapa kali pergi ke Banting, Selangor, untuk bertemu seorang peguam yang menguruskan soal jual beli tanah milik mangsa.

“Difahamkan, peguam warga tempatan itu pernah dilihat rakan karib Sosilawati bertemu peguam berkenaan. Malah, Sosilawati didakwa turut pernah mengambil beberapa cek daripada peguam berkenaan,” katanya.

Difahamkan, Sosilawati kali terakhir bertemu peguam berkenaan bagi menguruskan penjualan tanahnya di Pulau Pinang membabitkan nilai jutaan ringgit pada awal Ogos lalu.

Sementara itu, Erni Dekritawati menafikan keluarganya menawarkan sebarang wang tebusan bagi tujuan membebaskan ibunya daripada pihak yang melarikan mangsa bersama tiga individu lain.

Menurutnya, maklumat itu tidak tepat dan boleh memburukkan keadaan.
“Tiada sebarang tawaran wang tebusan disediakan dan kami meletakkan semua harapan kepada polis bagi menyiasat kes ini. Saya yakin polis melakukan segala yang boleh bagi menyelesaikan kes ini.

“Kami adik-beradik terus berdoa supaya emak selamat dan kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya.

Dalam kejadian jam 6 petang, 30 Ogos lalu, Sosilawati dilaporkan hilang selepas keluar dari pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, dipercayai hendak ke Banting, bagi menemui peguam di sana.

Bagaimanapun, Sosilawati yang menaiki dua kenderaan berasingan bersama tiga individu lain yang mempunyai kaitan dengan perniagaannya dilaporkan lesap sebelum anak mangsa membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Dang Wangi di sini, Khamis lalu selepas ibunya tidak pulang ke rumah.

~ dipetik dari harian metro
Related Posts with Thumbnails